HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

29 Sep 2015

CPUV September 2015 Berganda-ganda dari NUFFNANG

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hampir seminggu sepi kemas kini blog.
Hang dah kenapa Fuza?
 Ye, agak sibuk dengan program cuti sekolah berjalan ke Desaru. Cerita pun tak sempat update lagi.
Ni sibuk pula dengan Aiman nak exam PSRA.
Mana sibuk dengan tak sihat kerana jerebu.
Boleh dikatakan sibuk kalah menteri.
 
Walaubagaimana pun, Akaun Nuffnang dilupa jangan.
Alhamdulillah, rezki September.
Banyak juga CPUV yang singgah.
Terima Kasih Nuffnang
Terima Kasih penaja
Terima Kasih kepada anda yang terus menyokong Sulaman Lace Heaven.
 
 
 
CPUV by PETRONAS New Variant Launch, Sept 2015 / 181st to 182nd BE
CPUV by Wall's Fruttare, Sept 2015 / 183rd to 184th BE
CPUV by Kate, Sept 2015 / 185th to 186th BE
CPUV by Petrosains Illusioans, Sept 2015 / 187th to 188th BE
CPUV by Kaodim x Maria Elena Enga.., Sept 2015 / 189th to 190th BE  
CPUV by The Face Shop Oil Control, Sept 2015 / 191st BE
 
 

CPUV September 2015. Terima Kasih Nuffnang
 
 
Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61

22 Sep 2015

Masa berlalu tidak akan kembali...

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Senja Nan Indah Di Desaru Johor
 
Masa
 
Masa digambarkan sebagai EMAS
Betapa berharganya Masa.
Masa yang ada harus dimanfaat sebaiknya,
Masa yang berlalu tidak akan dapat diputarkan kembali,
Tidak!!
 
Wahai Masa
Berlaku adil lah dengan aku..janganlah kau beransur pergi dengan pantas.
Masa yang aku ada sangat terhad.
Masa untuk diri aku!
Masa untuk rumahtangga aku
Masa untuk MU YA ALLAH
 
Masa mencemburui kita??
Atau kita yang terlupa kewujudan masa??
 
Masa
 

21 Sep 2015

Siapa Tak Makan Kulit Roti

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Ini nak kongsi cerita.
Saya kalau makan roti bakar pasti akan ketepikan Kerak Kulit Roti.
Kenapa buang?
 
 
Hehehe..
Tak tahu nak jawab macam mana. Tapi perangai ni memang dari sejak kecil.
 
 
Siapa lagi tak makan kulit roti??
Angkat tangan!!!
 
 
Siapa Tak Makan Kerak Roti
 

15 Sep 2015

Jalan-jalan di Rumah Batik serta Malioboro Mall di Yogyakarta, Indonesia

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Tak sah kalau berjalan-jalan melancong kalau tidak singgah ke tempat membeli-belah.
Kami ke Rumah Batik. Pada asalnya, tujuan kami ialah untuk pergi makan.
Namubn, pemandu teksi yang baik hati, Pak Bambang yang ramah, telah mencadangkan kami ke Rumah Batik.
 
Apa lah sangat Rumah Batik??
Iye, pada mulanya ekpresi kami begitu kerana di Malaysia juga ada Batik.
Namun..apabila melangkah masuk....tak mau keluar habaq hang!!!
 
Tengok kemeja cantik.
Tengok skirt cantik
Tengok telekung batik cantik
Tengok kain semuanya cantik.
Harga berpatutan.
Eh memang rugilah kalau tak membeli.
 
Masing-masing mencari barangan sendiri,
Chekgu Azrine sampai hilang dalam timbunan kain tu hah,,, hehehe..
Tunggu dia cerita berapa JUTA dia habis dok berbelanja di kedai ini k...
 
 
Saya membeli shawl, kain batik serta telekung batik buat Aina.
Alhamdulillah, ada juga buah tangan buat Aina.
 
 
Ingatkan boleh sekejap aje di sini. Rupanya bila keluar hari dah gelap!
Perut pun lapar, terus lah kami mencari makan malam di Malioboro Mall.
Sebabnya, udah capek, jadi mau duduk dalam airkond!
 
 
Kata Pak Bambang, cubalah makan Bak Mee, trademark Yogyakarta.
Makanya saya and the gang masing-masing mencuba Bak Mee.
Sedaplah, rasa macam mee kuning tu. Cuma cara hidangan tu lain lah skit kan.
Saya memang belasah aje. Asalkan kena dengan  tekak.
 
Di situ juga ada menjual aiskim gulung. Ya Allah, selama ini saya dengar ada di Langkawi.
Terasa jauhnya dari Selangor nak p makan ke Langkawi.
Tak sangka pula saya dapat makan di Yogyakarta, lagi jauh rupanya.
Alhamdulillah, rezeki saya.
 
Kenyang perut suka hati. Moh balik.
Wang juga sudah habis dibelanja!!
hahahahaha...
Belanja lagi buk..Belanja....

Fuza di pintu masuk Rumah Batik Yogyakarta

Fuza bersama Baju Batik Kalimantan. Harga memang letop.

Fuza..insaflah yer,,, Kain batik tu semuanya cantik-cantik belaka. Murah dan berkualiti.

Cuba cari siapa yang tersembunyi????
Antara kain batik serta shawl batik yang saya beli buat adik-adik dan emak.
Dress dari design batik yang cantik-cantik di Rumah Batik
Kain Batik ini adalah lukis tangan berharga RP600.


Tak dapat makan Aiskrim Gulung di Langkawi, di Yogyakarta pun ok juga...hehe

Aiskrim Gulung di Malioboro Mall, Yogyakarta Indonesia.

Bak Mee serta Fruit Tea terkenal di Yogyakarta
 

14 Sep 2015

2nd ICCIE 2015 di Universitas Negeri Yogyakarta

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Sambungan cerita ke Yogyakarta.
Ke Malioboro Road done.
Sekarang sambung dengan tujuan utama kita ke sini.
 
 
Sebenarnya, saya ke Yogyakarta menemani Mokcik den, Chekgu Azrine untuk program UKM.
Yup, Mokcik den sekarang sedang melanjutkan pelajaran. So kena bentang paper gitu.
Hari ke dua di sana bermulanya Majlis ICCIE 2015 berlangsung di Universitas Negeri Yogyakarta.
 
 
Semasa mereka semua di dalam dewan untuk majlis, saya di luar berposing sakan di sekeliling Universiti. Sehinggakan pelajar-pelajar tahun akhir di situ meminta kebenaran untuk berposing dengan mereka. Terasa diri ku seperti student uols.
 
 
Alhamdulillah, Chekgu Azrine dapat giliran pada hari pertama. Pada saya kalau dah selesai pada hari pertama, pasti akan rasa lega lompat bintang bagaikan. Sekurang-kurangnya, ada banyak masa untuk berjalan-jalan di Yogyakarta.
 
 
Kemana kita selepas ini? Tunggu next story yer...
 
 
Berposing di Universitas Negeri Yogyakarta


Fuza di pintu masuk Universitas Negeri Yogyakarta
 
Fuza di mercu tanda Universitas Negeri Yogyakarta
 
Papan Kenyataan di pintu masuk Universitad Negeri Yogyakarta

Peta Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia

Apabila pelajar-pelajar tahun akhir request untuk berposing, Bening, Muza dan Roni dari Universitas Negeri Yogyakarta
 
  Bergambar kenangan bersama Chekgu Azrine, Azie dan Kak Jun di Yogyakarta

13 Sep 2015

CPUV The Face Shop Oil Control dan Welcome to SHELL Campaign berjoget di blog.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hari minggu hari santai.
Alhamdulillah, rezki semak Akaun NUFFNANG.
Rupa-rupanya ada dua tiga CPUV yang sedang aktif di blog Sulaman Lace Heaven.
 
Terima Kasih penaja.
Terima Kasih Nuffnang.
Terima Kasih semua yang menyokong blog ini.
 
Ada yang Tanya apa ke benda CPUV ni?
Ok nanti kita buat entry refresh k.
 
 
CPUV by The Face Shop Oil Control, Sept 2015 / 177th to 178th BE
CPUV by Welcome to Shell Campaign, Sept 2015 / 179th to 180th BE
 
CPUV by The Face Shop Oil Control, Sept 2015 / 177th to 178th BE
CPUV by Welcome to Shell Campaign, Sept 2015 / 179th to 180th BE
 
 
Entry ini hanyalah untuk memberi semangat untuk saya terus aktif dalam blog, Alhamdulilah.
 
Klik BE 55, 56
Klik BE 57, 58
Klik BE 59
Klik BE 60, 61

12 Sep 2015

Selamat Hari Lahir yang ke 70 Tahun Abah...

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
12 September 2015
 
Hari ini hari lahir ayahanda saya, Musa Bin Haji Mohamad.
Hari lahir yang ke 70 tahun.
Alhamdulillah, abah masih sihat, masih bersenam, masih boleh memasak dengan sedap, masih lagi  bercucuk tanam di ruang taman rumah.
Alhamdulillah, abah masih lagi ada untuk membimbing kami, menasihati kami, mengajar kami erti kehidupan.
Terima Kasih abah kerana menggalas tanggungjawab suami saya semasa beliau bertugas mengikut SITE jauh dari rumah dan jauh dari kami anak-beranak.
Dear my Husband, harap awak juga menghargai pengorbanan abah yang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit setinggi gunung pun.
 
Kasih abah terhadap anak cucu serta keluarga memang tiada tolok bandingannya.
 Dia akan pastikan keselamatan kami,
Dia akan pastikan kami ada dan cukup makan
Dia akan pastikan anak-anak saya mengaji
Dia yang tengok sakit pening saya dan anak-anak
Semoga abah terus sihat untuk memberi semangat kepada kami.
 
Abah dah pesan, "Korang tak payah nak buat sambutan hari jadi, abah tak mau"
Hahaha....itulah abah saya.
Memang payah nak ajak dia makan di luar.
Lagi satu memang susah nak snap gambar dia. Pasti tak akan pandang camera!!
 
Selamat Hari Lahir Abah!!!
 
 
 
Saya bersama husband Mr Adli Lutfi Abdullah bergambar dengan ayahbonda ku

Bergambar bersama Abah dan emak semasa kenduri adik sepupu, Izhar Ibrahim di Kelana Jaya
 

9 Sep 2015

AeroBus Dari Paradigm Mall Kelana Jaya ke KLIA & KLIA2 Airport.

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Tahukah anda bahawasanya ada AeroBus Direct dari Paradigm Kelana Jaya ke KLIA2 Airport?
Dengan tambang yang berpatutan RM10, Jimat dna Selesa.
 
Anda hanya perlu membeli tiket di kaunter tiket yang terletak di pintu masuk utama Paradigm Mall.
Beli tiket lebih awal selepas semak jadual perjalanan bas.
Bas selesa. pemandu juga berhemah.
 
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.
Bas akan berhenti di tingkat bawah airport. Sememangnya sangat selamat dan selesa.
Terus langsung di bawah bumbung airport.
 
Kepada yang duduk berdekatan Kelana Jaya, boleh lah mencuba perkhidmatan bas ini.

Kaunter Jualan Tiket Aerobus dari Paradigm Mall ke KLIA Airport


Bus yang digunakan baru lagi selesa.


Jadual perjalanan Aerobus memudahkan anda merancang perjalanan anda.
Tempat duduk di dalam Aerobus yang selesa

Bas terus parker di tingkat bawah KLIA2.

Selamat sampai di KLIA2 dengan menaiki Aerobus dari Paradigm Mall Kelana Jaya
 

8 Sep 2015

Makan malam bawal goreng panas di lorong kecil Yogyakarta

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Ini cerita makan malam saya di Yogyakarta.
Setelah capek meronda di Jalan Malioboro siang hari tadi jom kita cari makan malam sempoi pula.
Saya ni memang makan je apa yang boleh di terima perut. Asalkan jangan pedas ataupun berempah kerana perut saya ni jenis sensitive (Dah jenuh rujuk pakar di Hospital Assunta..bukan saje ngada-ngada yer)
 
Malam mula-mula di sini, saya tak berani kot nak merayap jauh-jauh. Kami Tanya pihak Universiti, di mana tempat makan yang sesuai.
Alhamdulillah, dalam 15minit berjalan kaki, ada tempat makan gerai-gerai tersusun di tepi lorong berdekatan.
 
Banyak gerai, namun gerai yang seperti di bawah ini menjadi pilihan kami.
Kenapa?
Kalau kedai ramai orang mesti sedapkan.
Keadaan kedainya juga terang dengan lampu, jadi nak makan pun selesa.
Persekitarannya juga bersih.
So apa lagi.
Jom order.!!
 
Di sini lauk pauk yang di pesan akan digoreng pada ketika itu.
Jadi semuanya panas, mesti lah perut tak sebu.
Tapi jangan lah harap rasanya seperti di Negara kita ye.
Asalkan sedap, boleh dimakan kenyang perut suka hati.
 
Saya memesan nasi putih ayam goring panas. Di sebabkan ayam tu kecik saya tambah dengan ikan bawal goreng. So kepada Mr. Husband, toksah risau yer.. isterimu boleh makan kenyang. InshaAllah.
Harga?
Yup harganya memang murah bangat!!
Set nasi dengan ayam dan ikan bawal goreng harganya RP12..lebih kurang tak sampai RM5 pun.
Murah kan?
Memang ramai  pelanggan yang datang ke gerai ini. edap dan murah rupanya.
Kedainya pun cepat habis. So siapa p lambat kempunan lah yer.
 
Gerai ini terletak di dalam kawasan Universiti Negeri Yogyakarta.
Kebetulan berdekatan dengan Hotel UNY.
Memang rezeki kami.
 
Alhamdulillah.
 

Deretan Gerai di lorong Universiti Negeri Yogyakarta Indonesia
 Banner belakang tu...Antara Menu Makanan yang di jual di sini

Nasi dengan Ayam goreng

Ikan bawal goreng di Yogyakarta

Gerai makan Arya di lorong Universiti Negeri Yogyakarta yang sentiasa penuh dengan pengunjung
 
Set Nasi Goreng dengan Ikan Bawal Goreng panas-panas di Gerai Arya lorong Universiti Negeri Yogyakarta.
 

8 September 2015 Bermula Peperiksaan UPSR buat Aiman Faris Bin Adli Lutfi

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Tanggal 8, 9, 10 September 2015 merupakan hari peperiksaan UPSR bagi tahun 2015.
Anakanda Aiman Faris bin Adli Lutfi merupakan salah seorang calon peperiksaan UPSR bagi tahun ini.
Dengan keadaan kesihatan yang baru seminggu menghidap demam campak, Aiman bersemangat hari ini untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Walaupun beliau tidak dapat mengulang-kaji dengan sempurna di saat-saat akhir menjelang peperiksaan, namun semangat untuk dia ulangkaji itu ada.
 Alhamdulillah, semalam Aiman baru sahaja discaj dari Hospital Assunta. Katanya lebih bersemangat menduduki peperiksaan di sekolah. Suasana perjuangan itu berbeza dengan ada teman-teman disekeliling, walaupun Aiman akan menduduki UPSR di dalam bilik kuarantin.
 
Doa mak agak Aiman cemerlang dalam peperiksaan.
Walau apa sekali keputusan yang Aiman akan perolehi nanti, Ingat!! Aiman kena bersyukur.
Setelah berusaha, berdoa dan bertawakal, kita kena bersyukur dengan pencapaian kita.
Yang nak bagi kita cerdik tu Allah
Yang nak bagi kita cemerlang tu Allah
Yang nak bagi apa juga bentuk keputusan tu semuanya dari Allah.
 Tapi kita perlu juga berusaha. Bukan duduk saje!
 
Doa restu mak dan seluruh keluarga sentiasa mengiringi Aiman.
Ingat..tanpa pelajaran siapalah kita.
Dengan pelajaran.. kita ni siapa lah aje...
Tanpa pelajaran..kita bukan siapa-siapa
 
 
InshaAllah..
 
 
Semoga semua anak-anak UPSR 2015 cemerlang!!
 
Fuza bersama anakanda Aiman Faris. Semoga Berjaya dalam UPSR 2015. Mak doakan.
 
 
 
 
 
 

7 Sep 2015

Koleksi Tudung Fareeda Nyata Jelita kau Fuza!!

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
 
Ada gaya model Tudung Fareeda Nyata Jelita?
Ada bakat tak?
Ada tak peluang saya jika hendak menjadi Model Tudung Muslimah?
Sila pm atau whatsApp saya ye 019-2784580.
Harap-harap kak Mawar Fizo Fareeda kita baca entry ini yer...hehe
 
 
Hahaha
Tiba-tiba buat iklan.
Sebenarnya entry kali ini saje nak kumpulkan beberapa koleksi Tudung Gojes meletop yang dikenali ramai iaitu Tudung Fareeda Nyata Jelita.
Jelita tak Fuza dengan koleksi tudung Fareeda???
 
 
Statement win!!
 
 
Antara koleksi ini adalah hadiah dari Mr. Husband. Maklumlah Fuza ni surirumah sepenuh masa. Masa beli pun ada sales.
Fedulik lah kan sales ke apa, yang penting merasa ler menggayakan Tudung Fareeda.
 
 
Saya tidak lah terlampau fanatik dengan koleksinya sebab itu nama-nama tudung tu pun saya tak pasti. Yelah apalah daya, surirumah nak shopping kot mana. Harap hadiah aje ler.
 
 
Apa pun, Tudung Fareeda ini memang berkualiti berpadanan dengan harganya.
Design, material serta fesyen nya sememangnya selari dengan gah namanya.
 
 
Sekarang dah ada banyak butik Tudung Fareeda ini.
Kalau dulu nak kena beratur ke Bangi nun jauh tu.
Beberapa butik yang ada di Subang Skypark Terminal, di Bertam, Kepala Batas Penang serta di Shah Alam.
 Kepada yang nak merasa sehelai dua boleh lah ke butik-butik tersebut.
 
 
Boleh juga shopping secara online.
Pada 6 September ini akan ada pelancaran servis penghantaran "Door 2 Door". Hah lagi mudahlah untuk kita dapatkan koleksi Tudung Fareeda ini.
 

Fuza menggayakan Tudung Fareeda Nyata Jelita

Nour Sofea Fareeda Nyata Jelita by Fuza

Fuza rasa memang senang untuk menggayakan Tudung Fareeda Nyata Jelita

Aisya Plain Fareeda Nyata Jelita by Fuza
 
 Eh serius ni..
Mana tahu layak, boleh la jadi part time model kan.
meh pm meh pm
(over tak?)

Malioboro Road Jogyakarta.. Apa yang menarik?

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Cerita PERTAMA KALI TERBANG KE YOGYAKARTA bersambung lagi.
 
 
Oh ya, saya ke sana kerana menemani Mokcik den Chekgu Azrine yang menghadiri Conference Pendidikan di Universitas Negeri Yogyakarta.
 
Oleh kerana pada 24 Ogos 2015 tu saya ambil penerbangan awal, jadi sampainya pun awal di sana. Alhamdulillah, pihak Universiti telah menyediakan bas yang menjemput kami di Airport. Makan tengah hari juga di sediakan.
 
Selepas selesai check in, kami di bawa ke Jalan Malioboro.
Di sebabkan ini pertama kami ke sini, kami tertanya-tanya, apa yang ada di situ?
Rokok Marlboro saya tau ler kan. hihi
 
Perjalanan dari Hotel UNY mengambil masa dalam 30 minit pun tak sampai rasanya.
Traffik di sini agak teratur berbanding Bandung. Kurang macetnya.
Tu dia..sampai di Jalan Malioboro penuhnya manusia.
Rupanya Jalan Malioboro merupakan pusat jualan yang menjadi kunjungan pelancong.
Sepanjang jalan tersebut letaknya pelbagai kedai jualan. Ye..kebanyakkannya barangan jualan berasaskan Batik. Batiknya cantik-cantik, harga berpatutan. Kena pandai tawar menawar ye. 
 
Kalau rasa penat nak berjalan, ada juga kereta kuda. Boleh lah naik ye. Bayaran dari RP30 ke atas bergantung pada jarak perjalanan. Kalau sampai ke Hotel Universiti katanya dalam RP50.
Murahlah tu kan. Jenuh juga nak ngayuh tuh. Mau tercabut kepala lutut wei!!
 
Hari pertama di Jalan Malioboro pada saya hanya "warming up" je. Yelah mana nak tau ada tok nenek tempat shopping ni. MEMANG TAK ADA BUDGET NAK SHOPPING!! hah Caps Lock uols!! hahaha.
 
Kot lah uols terlebih belanja, ada Money Changer di dalam Kedai Emas sederet dengan Malioboro Mall, berhadapan dengan Ramai Mall kalau tak silap saya namanya.
Awas!! Belanja buk..Belanja pak!!
 
 
Selesai jalan-jalan santai, kami pulang ke hotel. Capek dong. Seharian perjalanan dari Malaysia ke Yogja. Dah rupa panda lapar je rasanya.
 
Ok to be sambung cerita seterusnya next entry.
 
 
Fuza di Jalan Malioboro Yogyakarta Indonesia.

Antara bangunan kedai yang menjual barangan Batik di Jalan Malioboro


Salah satu mercu tanda di Jalan Malioboro. Di sini pusat lepak muda mudi pada malam hari.

Di Jalan Malioboro terdapat banyak kedai cenderahati antaranya T-Shirt

Kereta kuda ini memang ada di sepanjang Jalan Malioboro ini. Caj nya bergantung pada jarak.

Kain, beg, baju, seluar, dan pelbagai barangan berasaskan batik merupakan jualan utama di Jalan Malioboro
Kedai Kain dan Lace di Jalan Malioboro

Antara cenderahati buat anakanda. Seluar Bermuda Malioboro.



Di Jalan Malioboro ini anda harus pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang benar-benar berpatutan.
Ikan Gurame merupakan menu yang disediakan oleh pihak Universiti
Selesai window shopping. Jom pulang ke Hotel
 
Bus yang disediakan oleh pihak Universiti

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78